Sunday, December 26, 2010

Chicken Pox

Husband's nephew sudah 2 hari kena chicken pox. Kami sekarang di rumah mentua. Ramai kami di sini. Nephew ni bebas ja berlari & bermain-main di rumah macam la chicken pox dia ni tidak boleh berjangkit. Harap-harap anak saya tidak kena. Parents dia suruh minum air kelapa, tapi dia tidak mahu. Dorang percaya yang air kelapa boleh keluarkan banyak lagi bintik merah lalu cepat sembuh.

Saya kena chicken pox 2 tahun yang lalu. Masa tu saya rasa hidup saya paling miserable. Rasa rimas & geli tengok kulit sendiri. Buka baju tengok beratus-ratus bintik merah di dada dan belakang. Saya tidak keluar bilik kecuali untuk mandi. Orang cakap chicken pox tidak boleh mandi. Tapi doktor cakap boleh. Masa tu saya pun tidak tahan kalau tidak mandi. Rasa badan ni kotor sangat. Saya tidak suruh adik saya tidur dalam bilik. Takut dia terjangkit.

Ada orang cakap kalau kena chicken pox, jangan tidur bawah kipas. Tapi saya tidur pasang kipas. Mana tahan kalau panas. Sepanjang hari saya baring saja di katil. Saya rasa sangat kotor. Barang-barang lain pun saya tidak sentuh. Tapi syukur ruam tu tidak rasa gatal langsung. Saya tidak asyik mengaru-garu macam orang yang biasa kena chicken pox.

Seksanya kena chicken pox ni. Masa saya kena tu, saya janji pada diri yang saya tidak akan komplen lagi pasal kekurangan fizikal saya. Masa tu lah saya tahu betapa seksanya sakit. Betapa saya tidak pernah menghargai apa yang ada. Berulang kali berdoa supaya sembuh cepat. Memang saya depressed la masa tu. Sampai saya terfikir masa tu, kenapa orang yang kena chicken pox tidak kena hospitalised saja. Baik kotorkan tilam katil hospital dan guna barang-barang hospital dari barang-barang sendiri.

Ish, moga saya jangan kena lagi. Moga anak & husband jangan kena.

Sunday, December 19, 2010

Minta puji

Saya tidak pernah ambil kisah kalau orang puji saya. Kalau orang puji lawala, bergayala, pintarla,  saya hanya cakap 'thank you'. Pujian orang tidak pernah buat saya rasa bangga. Mungkin saya ni susah mau percaya orang. Jadi bila orang bagi pujian, saya anggap orang tu is just being nice, atau hanya saja-saja puji. Alaa.. bukannya saya tidak tahu, orang selalu bila puji kita, bukan juga ada makna dengan dorang, macam cakap-cakap biasa ja. Tiada erti.

Setakat ni, dalam hidup saya, hanya ada 3 pujian yang saya terima, masih melekat dalam ingatan saya.

1. Waktu belajar diploma dulu, ada seorang lelaki dalam kelas saya. Nama dia M. M minat gila dengan kawan rapat saya, R. Saya menyampah tengok dia. Sebab perangai dia mengada-ngada dan tidak hensem (jahat la saya ni). Saya tidak pernah layan dia langsung, tapi dia ni jenis yang tidak ambil kisah. Dia selalu tegur saya sebab saya selalu duduk & jalan dengan kawan rapat saya masa tu. Kawan saya layan dia macam biasa ja.
Suatu hari tu, saya cat kuku saya warna hitam. Masa kelas, sebelum lecturer masuk, M duduk lepak sebelah saya. Macam biasala, dia senyum & tegur saya. Saya jawap sepatah ja. Lepas tu dia nampak kuku saya warna hitam, muka dia berubah macam geli (selalu dia ni senyum ja). Dia cakap dengan saya "eeeee, J, kenapa kau pakai cat kuku warna hitam? Ish, tidak sesuai la dengan kau. Mana lawa warna hitam. Jangan la pakai warna hitam ya".

2. Masa semester 2 belajar degree, saya fail subjek akaun. Saya terpaksa ambil sekali lagi pada semester 3. Saya rasa rendah diri yang teramat sangat. Sebab sejak diploma lagi saya tidak pernah repeat paper. Saya rasa macam orang yang gagal. Jadi bila ada orang yang saya minat ni (dan dia pun minat saya lah juga masa tu kononnya) puji saya. Semangat saya naik sikit. Saya pernah dapat markah tetinggi dalm kelas untuk subjek entah apa, statistik mungkin. Mungkin dia puji saya berdasarkan paper yang saya dapat tinggi tu.
Malam tu kami jalan kaki sama-sama pulang rumah sewa (rumah sewa masing-masing la, tapi satu jalan). Waktu malam, kami baru ja pulang dari tengok wayang di bandar Kuantan. Kawan-kawan yang lain jalan di belakang. Kami borak pasal banyak hal. Lepas tu cerita pasal saya yang terpaksa repeat paper. Dia cakap "macam mana awak boleh fail, awak kan budak pandai".

3. Saya tidak minat jadi cikgu. Masa habis belajar, mak saya asyik-asyik suruh saya ambil KPLI jadi cikgu. Saya cakap dengan mak saya, saya lebih rela jadi kerani biasa daripada jadi cikgu. Jadi cikgu ni memerlukan kesabaran yang teramat tinggi. Saya ni bukan penyabar orangnya. Saya tidak mahu kerja, hanya kerana gaji. Kalau saya jadi cikgu, takkan la saya ajar ja, tanpa peduli ilmu yang saya ajar tu masuk otak ka tidak, murid dengar ka, paham ka etc. Besar tanggungjawap guru ni, saya tidak sanggup pikul.
Tapi ada satu trainee di opis ni dia cakap dengan saya "kenapa kak tidak minat jadi guru atau lecturer. Kak ngam la jadi lecturer, saya suka dengan cara kak ajar. Kalau kak ajar saya cepat faham".

Itu sajalah pujian yang bermakna betul bagi saya. Kalau laki saya cakap saya cantik, saya bersyukur dimata dia saya masih cantik. Tapi saya tidak lah sampai kembang kempis bila dia puji saya macam tu. Sebab saya tahu ada perempuan lain juga cantik pada matanya. Lumrah lelaki la kan, mesti suka tengok perempuan cantik.

So.. yah, pujian yang saya paling tunggu.. bila anak saya sudah pandai bercakap, dia tanpa disuruh akan cakap "momma baik lah, I love you!"

Monday, December 13, 2010

Perbuatan bodoh

Saya tidak bijak. Result sekolah dulu cukup makan saja. Nasib baiklah saya ni ada street smart sikit. Sikit saja la. Setakat boleh cari makan & jaga diri. Baru-baru ni saya ada buat benda yang kurang bijak. Saya tidak mau guna perkataan bodoh untuk diri sendiri. Takut. Harap-harap anak-anak saya tidak mewarisi IQ rendah saya ni. Saya mahu anak saya jadi doktor, jurutera, kerja yang hebat-hebat lah.

Berbalik kepada perbuatan kurang bijak yang saya lakukan. Kemarin saya pergi saloon. Kulit kepala saya sudah berbau. Sebab 4 hari tidak cuci rambut. Lagipun saya kan sudah pakai tudung. Saya malas cuci rambut sendiri sebab rambut banyak gugur. Saya malas mau deal dengan rambut-rambut yang tangle dicelah-celah cari, lepas tu rambut gugur bergumpal di atas lantai kamar mandi.

Saya lupa bagi tau minah pencuci rambut jangan urut kepala saya. Entah kenapa ada saloon yang urut kepala kita bila kita minta cuci rambut. Bikin panas. Mula-mula minah ni shampoo la rambut saya macam biasa sambil saya baca majalah. Tengah syok saya kusyuk membaca tiba-tiba adoi! Dia urut-urut kepala saya. Tidak sedap langsung. Sakit yang teramat sakit. Sakit yang hampir membuat saya meraung. Tapi apa saya buat? Nothing! Saya pura-pura kesedapan sambil teruskan baca majalah. Oleh kerana ego yang terlalu tinggi untuk mengaku sakit, saya pasrah menerima kesakitan diurut kepala selama 20 minit. Sangat tidak bijak saya ini.

Perbuatan kurang bijak nombor 2. Saya pakai contact lens selama 1 bulan lebih. Tidak pernah cuci dan keluarkan dari mata selama itu. Tidak bijak. Baru saja saya keluarkan contact lens itu dari mata. Tapi syukurlah,  mata tidak (belum) merah. Contact lens tidak melekat pada mata.

Kepada diri ini, sila cuba jadi lebih bijak mulai sekarang.

Wednesday, December 1, 2010

I don't want maid, thank you

Cerita maid jaga anak masih melekat dalam kepala saya sampai petang. Sampai boleh saya tiba-tiba teringat kisah jiran saya dengan maid dia.

Masa saya darjah 1, kami sekeluarga tinggal rumah teres. Saya kawan dengan anak jiran sebelah. Nama dia Jackie. Budak tadika. Dia selalu pakai singlet dengan seluar dalam sahaja.

Kami jumpa hampir setiap hari. Yang memisahkan kami hanya pagar dawai yang jadi sempadan kawasan rumah saya dengan Jackie. Mak Jackie tidak suka dia selalu main luar rumah dengan saya. Sebab dia selalu bagi saya mainan dia yang mahal-mahal. Besoknya dia akan minta balik sebab mak dia marah. Mak & nenek saya pun tidak suka saya selalu keluar rumah main dengan dia. Tapi entah mengapa, kalau saya dengar Jackie panggil saya, saya terus keluar rumah jumpa dia.

Suatu hari tu, tengah kami main-main diluar rumah, maid Jackie panggil dia masuk. Jackie tidak mau masuk, malah dia marah maid dia balik. Lepas tu maid dia cakap "You stay outside! Don't come in. I lock the door!" Lebih kurang itulah ayatnya. Sebab maid ni orang filipin. Jackie relax ja. Dia try buka pintu, memang kena kunci dari dalam. Saya temankanlah dia diluar dari pagi sampi tengahari. Lepas tu Jackie minta saya nasi sebab dia lapar. Saya masuk rumah minta nasi dengan nenek saya. Saya bagi tau nenek yang nasi tu untuk Jackie sebab dia lapar, maid dia tidak bagi masuk rumah. Lepas tu saya bawa nasi keluar dan suap Jackie nasi melalui celah-celah pagar dawai. Mungkin maid Jackie nampak sya bagi, terus dia buka pintu dan suruh Jackie masuk rumah.

Kalau tengok pada masa tu , tidaklah jahat sangat apa yang maid Jackie buat. Tapi kalau saya analisa balik, dan bayangkan kalau anak saya yang masih tadika, dibiarkan di luar rumah, saya tidak boleh terima lah.

Paling jahat maid pernah buat saya dulu ialah tolak kepala saya dengan jari telunjuk dia. Waktu tu saya darjah dua. Saya marah dia balik. Kalau la anak saya kena buat macam tu, saya pukul-pukul kepala orang yang buat tu.

RM1 juta tiada erti kalau hati tidak senang

Kalau saya diberi pilihan, dapat RM1 juta atau seksa pembantu-pembantu rumah yang mendera anak-anak kecil majikan, saya pilih seksa pembantu rumah. Betul. Hati saya lebih lega kalau dapat seksa dorang puas-puas.
Tadi buka FB, nampak kawan punya wall post, pasal video maid dera anak kecil. Saya tidak buka pun video tu. Cuma nampak gambar maid tengah  mandikan anak kecil. Tidak mau tengok apa yang dibuat terhdap anak kecil tu. Nanti emosi saya terganggu.
Saya sudah pernah nampak video macam ni di youtube. Sampai sekarang masih replaying di otak saya. Cukuplah. Saya tidak mau tengok lagi.
Kalau diketepikan agama, kalau diketepikan undang-undang, sudah pasti saya jadi pembunuh. Bunuh manusia-manusia hina yang dera bayi & kanak-kanak.

Ya Allah, aku mohon anak-anakku sentiasa berada dibawah jagaan orang yang baik-baik.

Saturday, November 27, 2010

Azam saya

Saya tidak pernah buat azam tahun baru. Saya sentiasa percaya, kita boleh buat azam pada bila-bila masa tanpa menunggu tahun baru. Tahun ini saya buat kelainan.Berikut adalah senarai azam tahun baru yang akan saya laksanakan sepenuhnya insya Allah bermula pada 1 Muharram.

1. Pakai baju menutup aurat. Pakai tudung.
2. Bersihkan my workstation. Buang semua kertas bertimbun di bawah meja, dalam laci, atas meja.
    Kekemasan harus dikekalkan setiap masa. Kalau letak perhiasan lagi baik.
3. Awal sampai opis setiap hari. Sebelum jam 8 mesti sampai.
    (Supaya boleh pulang awal, banyak masa boleh spend dengan anak)
4. Jangan tinggal solat 5 waktu, walau busy macam mana pun.
5. Jangan surf intenet pada waktu kerja.
6. Minum susu setiap malam. (Kurangkan minum kopi)
7. Makan multi vitamin setiap hari.
8. Senaman at least once a week.
9. Sentiasa bersikap positif & berfikiran positif. Sentiasa senyum.
    Corner mulut tu kasi naik sikit walau pun dalam keadaan bersahaja.


Azam no. 2 hingga 8 saya boleh praktis bermula dari sekarang.

Thursday, November 25, 2010

Kemanakah hilangnya bahasa ku?



Saya suka baca buku Frank McCourt. Saya rasa hidup dia lebih menyedihkan dari hidup saya. Dia mampu menceritakan kehidupan dia yang menyedihkan dengan meyelitkan unsur humor. Oleh kerana hidup saya ada sikit 'menyedihkan' sejak akhir-akhir ni, saya akan cuba tulis diblog ni dengan ayat-ayat bersahaja. Macam relax ja gitu, walau pun cerita saya menyedihkan atau menyakitkan hati.

Bila saya mula menulis diblog ni, saya baru sedar betapa teruknya bahasa melayu saya. TERUK dengan huruf besar T. Bahasa Enggeris saya apatah lagi. Bahasa Melayu saya 13 tahun dulu lebih baik dari sekarang. Bahasa Enggeris saya 8 tahun dulu jauh lebih baik dari sekarang.

Result SPM saya A1 untuk BM & A2 untuk BI. Zaman saya, tidak ramai dapat 10 A1 ok. Kalau dulu, senang ja masuk matriks atau UitM. Bukannya macam sekarang. Dapat 8A pun belum tentu boleh masuk Uni. Mungkinkah cikgu yang markahkan kertas saya dulu tidak pandai bahasa melayu & enggeris?

Saya ada kawan, sama umur dengan saya. Result SPM dia dapat C6 untuk BI. Lepas ambil degree, dia sambung KPLI. Dia dapat jadi guru enggeris sekolah menengah . (Teman, maafkan aku bercerita hal dirimu). Ini dia sendiri cakap ok, dia berborak dengan student dia pasal handphone. Dia cerita la dengan saya dialog mereka berdua. Yang saya terkejut tu, bila kawan saya cakap dengan student dia "I'm wearing Nokia handphone"!!! Mudah-mudahan bahasa enggeris kawan saya tu sekarang bertambah baik.

Frank Mc Court pun tulis buku dia dengan bahasa enggeris yang sangat teruk.  Jadi tidak payah malulah kalau saya tulis cerita saya diblog sunyi ini dengan bahasa melayu yang rosak.

Sunday, November 14, 2010

Cinta tidak buta



Kenapa orang selalu cakap cinta itu buta? Cinta itu sempurna, tidak ada cacatnya. Cinta itu ikhlas dan bersih. Cinta tiada diskriminasi. Cinta tidak memilih warna, bentuk dan bangsa. Tapi cinta itu tidak buta.

Yang buta itu nafsu. Orang selalu keliru cinta dengan nafsu. Bila sudah ada nafsu, perkara lain tidak diendahkan lagi. Nafsu itulah yang buta.

Taj Mahal. Tidak pernah saya teringin mau pijak ke sana. Tidak pernah saya melihatnya sebagai lambang cinta. Kalau semua cerita tentang Shah Jehan itu benar, pasti dia tiada cinta dijiwanya. Dia cuma ada nafsu. Taj Mahal itu bagi saya adalah lambang nafsu & kekejaman Shah Jehan.

Saya tahu saya ada cinta. Saya juga ada nafsu. Moga nafsu itu tidak menguasai diri saya. Saya mahu cinta itu lebih besar dan memenuhi diri saya.

Friday, November 12, 2010

Hari ini...

Saya hairan kenapa kerap kali bersin. Dari pagi lagi. Kenapa tekak rasa macam mau sore throat. Kenapa tidur saya semasa lunchtime tadi terganggu oleh batuk. Kenapa saya macam mau sakit. Petang sikit baru saya tau kenapa. Oooohh... rupanya collegue (bukan kolej, rakan sekerja, tapi saya tidak tau eja dalam english, eh baik tulis melayu ja) yang saya tidak rapat, tidak pernah bersentuhan, kena flu. Senang betul saya dapat jangkitan.

Saya sebenarnya mau tulis benda yang happy-happy saja di blog ni. Tapi lebih banyak benda depressing yang selalu terlintas dalam pikiran. Menyebabkan saya selalu terbantut untuk menaip.

Ok. Mari saya try tulis benda happy-happy.

1. Anak saya sudah 7 bulan. Alhamdulillah. 4 batang gigi sudah mula keluar. Anak saya ni hadiah dari Allah. Selalu terpikir, saya ni masih belum cukup menunaikan perintah-Nya. Tapi dapat hadiah sedemikian indah. Allah Maha Pemurah. Semoga anak saya terus membesar menjadi anak yang baik, beriman, sihat & bijak.

2. Insya-Allah, bulan 12 nanti akan pergi ke Labuan seluruh keluarga. Lawat ahli keluarga yang tinggal sana dan beli coklat banyak-banyak! Kalau ada duit lebih mau beli Anna Sui punya perfume. Perfume saya yang terakhir adalah ketika mendapat hantaran dari pihak lelaki. Ketika mengandung, itu perfume sudah habis. Sampai sekarang tidak pernah beli.

3. Saya merancang untuk 'berhijrah'. Mungkin Awal Muharam. Belum bagi tau siapa-siapa. Takut tukar fikiran. Ada juga alasan yang kuat beli baju-baju baru.

4. *sedang berusaha fikir benda happy-happy lagi* Apa ya? Saya masih hidup hari ni? Ya, saya happy & bersyukur saya masih hidup. Masih sempat taubat hari ni.

Cukuplah dulu ya.. Nanti kalau ada benda yang menyenangkan, saya akan tulis lagi.


Monday, November 8, 2010

Saya BENCI bisnes MLM / Skim Piramid / Jual produk tiada nilai dan penipu-penipu MLM

Bagi pemahaman sayalah (saya bukan bijak pandai, setakat pandai jaga diri gitu-gitu je), MLM macam ni:

1. Si A buat 'invetment' ke company MLM, lepas tu tunggu bonus je lah. Tiada usaha apa-apa. Company MLM yang jual produk. Tapi produk tu tak boleh pakai sebenarnya. Si A akan dapat bonus dari hasil jualan produk tipu ATAU/DAN duit dari orang yang invest ke company MLM selepas si A.

2. Si A bayar Company MLM duit ahli, kemudian diberi produk untuk dijual & mesti cari downline. Si A akan dapat hasil bila dia dapat jual produk & dapat downline, Ertinya, Si A dapat duit bila ada downline bayar yuran ahli & downline jual produk.

Dalam kedua-dua situasi di atas, boleh nampak sebenarnya duit yang bikin orang kaya bila join MLM adalah datang dari duit orang yang buat investment untuk join MLM. Kalau ada pun jual produk, itu produk tak boleh pakai punya, produk tipu.

Menakutkanlah bila ramai orang tidak nampak benda ni. Ramai orang tertipu. Ramai jadi penipu. Ramai orang telah 'menghalalkan' bisnes tipu ni.

Ada lagi tu yang samakan bisnes MLM ni dengan sistem jualan yang biasa. Kononnya memang bos kaya, orang bawahan yang buat kerja tapi memang dapat sikit.

Tidak samalah ok!

Kalau bisnes biasa, pekerja diupah untuk bekerja. Pekerja tiada melabur sesen pun. Tuan punya bisnes yang keluar duit.

Saya harap ramai orang dapat buka mata dan hati LUAS-LUAS dengan adanya usaha saudara ini Aidid Muaddib .

Ya Allah, aku mohon supaya tiada anak-anak dan cucu cucu ku terlibat dalam bisnes haram ini.

Wednesday, October 27, 2010

Kehilangan

Sejak 1-2 minggu lepas, saya tidak ambil tahu hal-hal yang berlaku di luar sana. Baru hari ini saya terbaca laporan tsunami yang melanda Sumatra pada Isnin lepas. Mengikut laporan media hari ini, 112 orang telah meninggal dunia, 502 orang lagi hilang.

Saya teringat klip berita antarabangsa mengenai tsunami pada tahun 2004. Seorang ibu menangis teresak-esak di pusat perlindungan kerana kehilangan anak-anak dan suami. Hanya tinggal dia sebatang kara. Tidak jauh dari tempat dia duduk, seorang budak, mungkin 7 atau 8 tahun, hanya duduk termanggu. Termenung. Budak lelaki itu kehilangan orang tua. Sebatang kara. Hanya memikirkan kesedihan yang mereka alami itu boleh menyebabkan jiwa saya menangis, apatah lagi mereka yang sendiri mengalaminya.

Suatu hari di rumah sewa saya di Kuatan, ketika itu cuti semester, saya mendapat panggilan telefon dari J, yang ketika itu berada di KK. Sambil menangis dia berkata "JZ, bapa aku sudah meninggal". Ya Allah, betapa sedihnya saya mendengar. Air mata saya bercucuran mendengar J menangis.

Pada masa ini, saya rasa seperti kehilangan orang yang saya sayang. Orang itu masih ada, cuma bukan lagi dia yang saya kenal. Dia bukan lagi hak ekslusif kami sekeluarga. Dia bukan lagi orang yang boleh kami bergantung harap. Dia ada kehidupan dia sendiri di luar sana.

Terima kasih orang yang saya sayang. Saya sudah kehilangan.

Thursday, October 21, 2010

Kadang-kadang kita salah doa...

Saya terfikir lagi pagi ini, selepas dalam hati saya memohon Allah sesuatu, mungkin Allah tidak makbulkan permintaan kita, kerana kita memohon sesuatu yang tidak sesuai.
Saya berdoa kepada Allah, pada bila-bila masa, bila saya ternampak sesuatu, bila saya teringat sesuatu, bila saya happy dan bila saya sedih. Selalunya doa yang saya pohon itu lahir secara spontan, apa yang baik saya terfikir ketika itu, saya akan terus meminta kepada Allah.
Mungkin saya ada beberapa kali meminta pada-Nya sesuatu yang salah. Saya pernah nampak seekor anjing yang sakit di tepi jalan. Anjing yang kurus kering, lemah dan badan berkurap. Saya berdoa kepada Allah supaya anjing itu mati sahaja daripada ia terseksa begitu. Kemudian saya terfikir, kenapa saya meminta sesuatu yang negatif? Saya terus tukar doa saya, memohon agar anjing itu dipelihara oleh insan yang baik hati dan menjaganya sehingga sihat.
Pagi tadi saya memohon kepada Allah sesuatu yang saya tidak ingat secara tepat, mungkin saya tidak patut meminta perkara itu.
Pada petang ini, saya memohon kepada Allah yang Maha Pemurah, saya hamba yang kecil ini meminta kebahagian seluruh kelurga saya, dan semoga perempuan yang saya benci itu akan insaf, bertemu jodoh dengan lelaki bujang baik dan beriman dan hidup bahagia hingga keakhir hayat.
Saya bersyukur kepada Allah S.W.T, pada saat saya berdepan dengan masalah keluarga, suami saya selalu berada disamping saya, menyokong saya, menyelebahi saya, memegang tangan saya dan menangis bersama saya. Semoga kami berdua sentiasa bersama sehingga tua, sehingga keakhir hayat kami.

Wednesday, October 6, 2010

Saya gagal BF

Dua post dalam masa sejam. Kenapa? Sebab saya mahu meluahkan perasaan & sekarang lunchtime jadi tidak salahlah saya main blog.
BF bukan boyfriend. Saya gagal breastfeeding. Subject ni sangat sensitif bagi saya. Kalau saya tengok & dengar orang yang berjaya breastfeed baby mereka, saya rasa sedih & kecewa.
My daughter sudah 6 bulan. Sejak dia baru lahir, saya bagi dia BF + formula (FM). Sebab air susu saya tidak banyak.
Masa pregnant dulu, saya ikut breastfeeding class. Lepas ikut class tu, saya yakin saya akan mampu fully Bf anak saya. Tapi saya sudah buat semuanya, air susu masih tidak deras juga. Mungkin BF support group akan cakap saya tidak berusaha untuk membanyakkan air susu saya.
1. Masa saya masih dalam pantang, my baby kuat hisap susu badan, sampai saya boleh tertidur bila BF dia. Boleh sampai 2 jam dia hisap. Bila dia tertidur & saya cuba tarik, dia sambung hisap lagi. Masa tu saya sangat happy & positif sebab saya ingat saya berjaya sangatlah BF anak saya.
2. Jarak dia tidak BF cuma 1/2 jam-45 minit saja pada waktu siang. Saya tidak perlulah mengepam susu saya kan, sebab lepas 1/2 jam, dia bangun dari tidur & minta hisap susu lagi.
3. Saya banyak minum air & minum susu. Kemudian saya minum sup ayam + papaya mentah.
Tapi air susu saya masih tidak banyak, so saya terpaksa buatkan dia susu botol bila dia merengek minta susu. Lepas habis susu botol, saya bagi dia hisap susu badan sampai dia tertidur.
4. Bila saya sudah habis pantang & kembali kerja, saya pam susu setiap 2 jam, tapi hasil sangat sikit. Cuma paling banyak pun 1 ounce ja tiap 2 jam. Bila pulang rumah, breast masih kosong sebab saya pam diopis. Kena tunggu jam 8 malam atau 9 malam lagi untuk penuh. Kalau air susu sikit & tidak keluar banyak, baby saya marah & tidak mahu hisap.
Lebih seminggu saya buat macam tu, tapi hasil masih sikit. Jadi saya pun berhenti pam susu. Saya lebih suka tunggu susu saya penuh sampai mengalir keluar, then sampai rumah bagi anak saya hisap sampai susu dengan lancar. & tidak marah-marah
5. Saya pernah cuba minum sup pucuk ubi manis atas saranan seorang kenalan.
6. Saya pernah minum teh untuk meransang pengeluaran susu badan.
Sampai sekarang anak saya lebih banyak bergantung pada FM. Syukurlah bila malam semasa tidur, dia masih mahu hisap susu badan, walaupun tidak banyak. Boleh bagi tau saya bahagian mana yang menunjukkan saya tidak berusaha?
Saya sudah berusaha & masih berusaha, tapi Allah yang menentukan semuakan?

Mencari Rumah

Saya & My Man mencari rumah sekarang ni. Untuk dibeli & didiami. Tapi rumah di KK ni sangatlah overpriced. Ada rumah teres ni, 2 bilik saja, intermediate lagi tu. Besar lebih kurang 1300 sq feet saja. Rumah bukan baru, dekat 20 tahun sudah. Tapi harga RM300K. Mahalkan? Tidak berbaloikan?
Siapa boleh speculate bila harga pasaran rumah di KK ni akan jatuh menjunam? (Result ekonomi saya dulu teruk, so memandai ja saya ingat turun naik harga rumah boleh di'speculate')