Thursday, November 22, 2012

Bitter

I woke up this morning with a taste of garlic inside my mouth. Walaupun sudah 2 kali berus gigi. Entah apa yang saya makan semalam yang ada garlic.
2 reasons why I have to go to our Co's annual dinner walaupun saya malas sangat mahu pergi. I wanted to see the entertainer/singer of the night & the lucky draw prizes.
I was bored. Hubster was outstation so I was dateless.
Those collegues of mine yang gila glamer,teringin sangat menonjol diri depan VIP, cium bontot, hanya bikin saya makin menyampah.
2 reasons that make me feel less bored last nite. Banquet manager yang good looking & one of bankers semeja dengan saya juga good looking. Tu saja la. Yang lain bosan. Saya sangat bosan.

Monday, November 19, 2012

Binatang

Setiap bulan, selepas 15hb, kalau apa yang telah dirancang tidak menjadi, saya akan dapat banyak panggilan telefon. Sehari lebih 20 kali. Caci maki seperti 'bodoh' & 'tidak guna otak' sering saya terima. Mereka ni kebanyakannya golongan berasal dari pekan kecil. Jual buah ke kilang-kilang syarikat yang dipunyai oleh company tempat saya bekerja.
Kalau jadual bayaran dari kilang-kilang lewat saya terima, maka lewatlah bayaran masuk ke akaun bank mereka.
Pagi tadi ada orang dari daerah T telefon saya. Saya bagi tau bayaran belum masuk sebab belum terima jadual. Dengan nada marah dia berkata "Masya Allah, kamu ni....!" (Rasanya penggunaan Masya Allah tidak sesuai digunakan dalam situasi ini, ianya kita sebut bila kita lihat sesuatu yang indah, tapi tidak apa). Setelah itu, dengan nada lebih keras dia berkata "binatang!" lalu menamatkan panggilan. Saya tidak kenal siapa orang itu. Saya cuma tahu dia salah seorang penjual buah.
Oleh kerana pada ketika itu saya super busy, saya tidak ambil peduli. Bila teringat kembali sekarang, saya rasa kelakar. Kalau saya translate dengan kasar ke bahasa English "you are an animal!!! Aaauuummm.." Pikiran saya menjurus ke joke lucah.