Saturday, November 27, 2010

Azam saya

Saya tidak pernah buat azam tahun baru. Saya sentiasa percaya, kita boleh buat azam pada bila-bila masa tanpa menunggu tahun baru. Tahun ini saya buat kelainan.Berikut adalah senarai azam tahun baru yang akan saya laksanakan sepenuhnya insya Allah bermula pada 1 Muharram.

1. Pakai baju menutup aurat. Pakai tudung.
2. Bersihkan my workstation. Buang semua kertas bertimbun di bawah meja, dalam laci, atas meja.
    Kekemasan harus dikekalkan setiap masa. Kalau letak perhiasan lagi baik.
3. Awal sampai opis setiap hari. Sebelum jam 8 mesti sampai.
    (Supaya boleh pulang awal, banyak masa boleh spend dengan anak)
4. Jangan tinggal solat 5 waktu, walau busy macam mana pun.
5. Jangan surf intenet pada waktu kerja.
6. Minum susu setiap malam. (Kurangkan minum kopi)
7. Makan multi vitamin setiap hari.
8. Senaman at least once a week.
9. Sentiasa bersikap positif & berfikiran positif. Sentiasa senyum.
    Corner mulut tu kasi naik sikit walau pun dalam keadaan bersahaja.


Azam no. 2 hingga 8 saya boleh praktis bermula dari sekarang.

Thursday, November 25, 2010

Kemanakah hilangnya bahasa ku?



Saya suka baca buku Frank McCourt. Saya rasa hidup dia lebih menyedihkan dari hidup saya. Dia mampu menceritakan kehidupan dia yang menyedihkan dengan meyelitkan unsur humor. Oleh kerana hidup saya ada sikit 'menyedihkan' sejak akhir-akhir ni, saya akan cuba tulis diblog ni dengan ayat-ayat bersahaja. Macam relax ja gitu, walau pun cerita saya menyedihkan atau menyakitkan hati.

Bila saya mula menulis diblog ni, saya baru sedar betapa teruknya bahasa melayu saya. TERUK dengan huruf besar T. Bahasa Enggeris saya apatah lagi. Bahasa Melayu saya 13 tahun dulu lebih baik dari sekarang. Bahasa Enggeris saya 8 tahun dulu jauh lebih baik dari sekarang.

Result SPM saya A1 untuk BM & A2 untuk BI. Zaman saya, tidak ramai dapat 10 A1 ok. Kalau dulu, senang ja masuk matriks atau UitM. Bukannya macam sekarang. Dapat 8A pun belum tentu boleh masuk Uni. Mungkinkah cikgu yang markahkan kertas saya dulu tidak pandai bahasa melayu & enggeris?

Saya ada kawan, sama umur dengan saya. Result SPM dia dapat C6 untuk BI. Lepas ambil degree, dia sambung KPLI. Dia dapat jadi guru enggeris sekolah menengah . (Teman, maafkan aku bercerita hal dirimu). Ini dia sendiri cakap ok, dia berborak dengan student dia pasal handphone. Dia cerita la dengan saya dialog mereka berdua. Yang saya terkejut tu, bila kawan saya cakap dengan student dia "I'm wearing Nokia handphone"!!! Mudah-mudahan bahasa enggeris kawan saya tu sekarang bertambah baik.

Frank Mc Court pun tulis buku dia dengan bahasa enggeris yang sangat teruk.  Jadi tidak payah malulah kalau saya tulis cerita saya diblog sunyi ini dengan bahasa melayu yang rosak.

Sunday, November 14, 2010

Cinta tidak buta



Kenapa orang selalu cakap cinta itu buta? Cinta itu sempurna, tidak ada cacatnya. Cinta itu ikhlas dan bersih. Cinta tiada diskriminasi. Cinta tidak memilih warna, bentuk dan bangsa. Tapi cinta itu tidak buta.

Yang buta itu nafsu. Orang selalu keliru cinta dengan nafsu. Bila sudah ada nafsu, perkara lain tidak diendahkan lagi. Nafsu itulah yang buta.

Taj Mahal. Tidak pernah saya teringin mau pijak ke sana. Tidak pernah saya melihatnya sebagai lambang cinta. Kalau semua cerita tentang Shah Jehan itu benar, pasti dia tiada cinta dijiwanya. Dia cuma ada nafsu. Taj Mahal itu bagi saya adalah lambang nafsu & kekejaman Shah Jehan.

Saya tahu saya ada cinta. Saya juga ada nafsu. Moga nafsu itu tidak menguasai diri saya. Saya mahu cinta itu lebih besar dan memenuhi diri saya.

Friday, November 12, 2010

Hari ini...

Saya hairan kenapa kerap kali bersin. Dari pagi lagi. Kenapa tekak rasa macam mau sore throat. Kenapa tidur saya semasa lunchtime tadi terganggu oleh batuk. Kenapa saya macam mau sakit. Petang sikit baru saya tau kenapa. Oooohh... rupanya collegue (bukan kolej, rakan sekerja, tapi saya tidak tau eja dalam english, eh baik tulis melayu ja) yang saya tidak rapat, tidak pernah bersentuhan, kena flu. Senang betul saya dapat jangkitan.

Saya sebenarnya mau tulis benda yang happy-happy saja di blog ni. Tapi lebih banyak benda depressing yang selalu terlintas dalam pikiran. Menyebabkan saya selalu terbantut untuk menaip.

Ok. Mari saya try tulis benda happy-happy.

1. Anak saya sudah 7 bulan. Alhamdulillah. 4 batang gigi sudah mula keluar. Anak saya ni hadiah dari Allah. Selalu terpikir, saya ni masih belum cukup menunaikan perintah-Nya. Tapi dapat hadiah sedemikian indah. Allah Maha Pemurah. Semoga anak saya terus membesar menjadi anak yang baik, beriman, sihat & bijak.

2. Insya-Allah, bulan 12 nanti akan pergi ke Labuan seluruh keluarga. Lawat ahli keluarga yang tinggal sana dan beli coklat banyak-banyak! Kalau ada duit lebih mau beli Anna Sui punya perfume. Perfume saya yang terakhir adalah ketika mendapat hantaran dari pihak lelaki. Ketika mengandung, itu perfume sudah habis. Sampai sekarang tidak pernah beli.

3. Saya merancang untuk 'berhijrah'. Mungkin Awal Muharam. Belum bagi tau siapa-siapa. Takut tukar fikiran. Ada juga alasan yang kuat beli baju-baju baru.

4. *sedang berusaha fikir benda happy-happy lagi* Apa ya? Saya masih hidup hari ni? Ya, saya happy & bersyukur saya masih hidup. Masih sempat taubat hari ni.

Cukuplah dulu ya.. Nanti kalau ada benda yang menyenangkan, saya akan tulis lagi.


Monday, November 8, 2010

Saya BENCI bisnes MLM / Skim Piramid / Jual produk tiada nilai dan penipu-penipu MLM

Bagi pemahaman sayalah (saya bukan bijak pandai, setakat pandai jaga diri gitu-gitu je), MLM macam ni:

1. Si A buat 'invetment' ke company MLM, lepas tu tunggu bonus je lah. Tiada usaha apa-apa. Company MLM yang jual produk. Tapi produk tu tak boleh pakai sebenarnya. Si A akan dapat bonus dari hasil jualan produk tipu ATAU/DAN duit dari orang yang invest ke company MLM selepas si A.

2. Si A bayar Company MLM duit ahli, kemudian diberi produk untuk dijual & mesti cari downline. Si A akan dapat hasil bila dia dapat jual produk & dapat downline, Ertinya, Si A dapat duit bila ada downline bayar yuran ahli & downline jual produk.

Dalam kedua-dua situasi di atas, boleh nampak sebenarnya duit yang bikin orang kaya bila join MLM adalah datang dari duit orang yang buat investment untuk join MLM. Kalau ada pun jual produk, itu produk tak boleh pakai punya, produk tipu.

Menakutkanlah bila ramai orang tidak nampak benda ni. Ramai orang tertipu. Ramai jadi penipu. Ramai orang telah 'menghalalkan' bisnes tipu ni.

Ada lagi tu yang samakan bisnes MLM ni dengan sistem jualan yang biasa. Kononnya memang bos kaya, orang bawahan yang buat kerja tapi memang dapat sikit.

Tidak samalah ok!

Kalau bisnes biasa, pekerja diupah untuk bekerja. Pekerja tiada melabur sesen pun. Tuan punya bisnes yang keluar duit.

Saya harap ramai orang dapat buka mata dan hati LUAS-LUAS dengan adanya usaha saudara ini Aidid Muaddib .

Ya Allah, aku mohon supaya tiada anak-anak dan cucu cucu ku terlibat dalam bisnes haram ini.