Saya terfikir lagi pagi ini, selepas dalam hati saya memohon Allah sesuatu, mungkin Allah tidak makbulkan permintaan kita, kerana kita memohon sesuatu yang tidak sesuai.
Saya berdoa kepada Allah, pada bila-bila masa, bila saya ternampak sesuatu, bila saya teringat sesuatu, bila saya happy dan bila saya sedih. Selalunya doa yang saya pohon itu lahir secara spontan, apa yang baik saya terfikir ketika itu, saya akan terus meminta kepada Allah.
Mungkin saya ada beberapa kali meminta pada-Nya sesuatu yang salah. Saya pernah nampak seekor anjing yang sakit di tepi jalan. Anjing yang kurus kering, lemah dan badan berkurap. Saya berdoa kepada Allah supaya anjing itu mati sahaja daripada ia terseksa begitu. Kemudian saya terfikir, kenapa saya meminta sesuatu yang negatif? Saya terus tukar doa saya, memohon agar anjing itu dipelihara oleh insan yang baik hati dan menjaganya sehingga sihat.
Pagi tadi saya memohon kepada Allah sesuatu yang saya tidak ingat secara tepat, mungkin saya tidak patut meminta perkara itu.
Pada petang ini, saya memohon kepada Allah yang Maha Pemurah, saya hamba yang kecil ini meminta kebahagian seluruh kelurga saya, dan semoga perempuan yang saya benci itu akan insaf, bertemu jodoh dengan lelaki bujang baik dan beriman dan hidup bahagia hingga keakhir hayat.
Saya bersyukur kepada Allah S.W.T, pada saat saya berdepan dengan masalah keluarga, suami saya selalu berada disamping saya, menyokong saya, menyelebahi saya, memegang tangan saya dan menangis bersama saya. Semoga kami berdua sentiasa bersama sehingga tua, sehingga keakhir hayat kami.
No comments:
Post a Comment