Sunday, December 19, 2010

Minta puji

Saya tidak pernah ambil kisah kalau orang puji saya. Kalau orang puji lawala, bergayala, pintarla,  saya hanya cakap 'thank you'. Pujian orang tidak pernah buat saya rasa bangga. Mungkin saya ni susah mau percaya orang. Jadi bila orang bagi pujian, saya anggap orang tu is just being nice, atau hanya saja-saja puji. Alaa.. bukannya saya tidak tahu, orang selalu bila puji kita, bukan juga ada makna dengan dorang, macam cakap-cakap biasa ja. Tiada erti.

Setakat ni, dalam hidup saya, hanya ada 3 pujian yang saya terima, masih melekat dalam ingatan saya.

1. Waktu belajar diploma dulu, ada seorang lelaki dalam kelas saya. Nama dia M. M minat gila dengan kawan rapat saya, R. Saya menyampah tengok dia. Sebab perangai dia mengada-ngada dan tidak hensem (jahat la saya ni). Saya tidak pernah layan dia langsung, tapi dia ni jenis yang tidak ambil kisah. Dia selalu tegur saya sebab saya selalu duduk & jalan dengan kawan rapat saya masa tu. Kawan saya layan dia macam biasa ja.
Suatu hari tu, saya cat kuku saya warna hitam. Masa kelas, sebelum lecturer masuk, M duduk lepak sebelah saya. Macam biasala, dia senyum & tegur saya. Saya jawap sepatah ja. Lepas tu dia nampak kuku saya warna hitam, muka dia berubah macam geli (selalu dia ni senyum ja). Dia cakap dengan saya "eeeee, J, kenapa kau pakai cat kuku warna hitam? Ish, tidak sesuai la dengan kau. Mana lawa warna hitam. Jangan la pakai warna hitam ya".

2. Masa semester 2 belajar degree, saya fail subjek akaun. Saya terpaksa ambil sekali lagi pada semester 3. Saya rasa rendah diri yang teramat sangat. Sebab sejak diploma lagi saya tidak pernah repeat paper. Saya rasa macam orang yang gagal. Jadi bila ada orang yang saya minat ni (dan dia pun minat saya lah juga masa tu kononnya) puji saya. Semangat saya naik sikit. Saya pernah dapat markah tetinggi dalm kelas untuk subjek entah apa, statistik mungkin. Mungkin dia puji saya berdasarkan paper yang saya dapat tinggi tu.
Malam tu kami jalan kaki sama-sama pulang rumah sewa (rumah sewa masing-masing la, tapi satu jalan). Waktu malam, kami baru ja pulang dari tengok wayang di bandar Kuantan. Kawan-kawan yang lain jalan di belakang. Kami borak pasal banyak hal. Lepas tu cerita pasal saya yang terpaksa repeat paper. Dia cakap "macam mana awak boleh fail, awak kan budak pandai".

3. Saya tidak minat jadi cikgu. Masa habis belajar, mak saya asyik-asyik suruh saya ambil KPLI jadi cikgu. Saya cakap dengan mak saya, saya lebih rela jadi kerani biasa daripada jadi cikgu. Jadi cikgu ni memerlukan kesabaran yang teramat tinggi. Saya ni bukan penyabar orangnya. Saya tidak mahu kerja, hanya kerana gaji. Kalau saya jadi cikgu, takkan la saya ajar ja, tanpa peduli ilmu yang saya ajar tu masuk otak ka tidak, murid dengar ka, paham ka etc. Besar tanggungjawap guru ni, saya tidak sanggup pikul.
Tapi ada satu trainee di opis ni dia cakap dengan saya "kenapa kak tidak minat jadi guru atau lecturer. Kak ngam la jadi lecturer, saya suka dengan cara kak ajar. Kalau kak ajar saya cepat faham".

Itu sajalah pujian yang bermakna betul bagi saya. Kalau laki saya cakap saya cantik, saya bersyukur dimata dia saya masih cantik. Tapi saya tidak lah sampai kembang kempis bila dia puji saya macam tu. Sebab saya tahu ada perempuan lain juga cantik pada matanya. Lumrah lelaki la kan, mesti suka tengok perempuan cantik.

So.. yah, pujian yang saya paling tunggu.. bila anak saya sudah pandai bercakap, dia tanpa disuruh akan cakap "momma baik lah, I love you!"

No comments:

Post a Comment