Saya bersyukur punya tenant yang sangat baik dan jujur. Sewa bulanan sentiasa dibayar dengan teratur. Selama 2 tahun menyewa, tidak pernah bagi masalah. Ya Allah, saya bersyukur dikurniakan tenant yang baik sekali. Loan rumah saya dapat dibayar mengikut tarikh yang ditetapkan. Minggu depan, mereka akan berpindah ke rumah mereka yang baru siap. Ya Allah, murahkan rezeki keluarga ini. Mereka sungguh baik sekali. Semoga mereka sekeluarga sentiasa bahagia di dunia & di akhirat. Jauhkan mereka dari kesusahan ya Allah. Mereka tidak pernah susahkan saya.
Saya juga punya doa untuk penjual rumah saya. Ketika dalam proses jual beli & tukar nama sebelum ini, penjual beberapa kali meminta advance dari saya. Dia cakap, advance itu nanti akan ditolak dari harga rumah atau akan dipulangkan kepada saya setelah dia terima loan yang dikeluarkan oleh bank. Jual beli rumah sudah selesai. Loan saya pun sudah diberikan kepada penjual. Lebihan bayaran masih dia tidak pulangkan kepada saya. Malah dia putar belit cerita. Sms tidak dilayan. Ketara sangat dia tidak mahu bayar. Ya Allah, saya bermohon padaMu, murahkanlah rezeki penjual ini ya Allah. Bukakan hati dia untuk membayar balik hutang dia kepada saya. Sihatkan lah dia agar dia ada masa untuk mendapat rezeki dan membayar hutang dia.
This is me..... a happy me, a positive me, an optimistic me, energetic me. I love myself. (This is me trying to make myself believe all that).
Friday, January 11, 2013
Friday, January 4, 2013
Kasih ibu
Mengikut cerita yang di sampaikan, arwah masih dalam keadaan sedar ketika dibawa ke hospital daerah. Dia mengadu pada ibunya sakit yang dia rasai di badannya. Arwah tiada kecederaan luar yang teruk. Cedera dalam perut yang teruk. Ibunya bertanya kenapa pandu laju. Arwah cakap dia tidak pandu laju, dia mengantuk, keretanya tersasar ke lorong kanan dan berlanggar dengan kereta dari arah bertentangan. Arwah baru saja 2 bulan menjadi ibu. Kasih seorang ibu yang mengantuk kerana tidak cukup tidur menjaga anaknya. Kasih seorang ibu yang tidak sabar pulang ke rumah untuk melihat anaknya.Arwah ketika masih sedar, berpesan pada ibunya supaya menjaga anaknya kalau terjadi apa-apa padanya.
Ketika arwah sudah berada di hospital besar, doktor cakap dia kritikal, dimasukkan ke ICU dan peluang utk hidup 50-50.
Suami arwah pengsan bila sampai di hospital.
Ya Allah, berat saya mendengar kisahnya, berat lagi perasaan & emosi ahli keluarganya.
Pagi tadi dalam perjalanan ke pejabat, suami berulang kali mengeluh. Kewujudan arwah masih terasa. Seolah-olah dia masih hidup. Baru kelmarin saya senyum pada arwah. Suami baru kelmarin berbincang pasal kerja dengan arwah. Tidak percaya arwah sudah tiada.
Arwah seorang yang ekspresif. Sayang dia pada suami & anaknya ditunjukkan dengan terbuka.
Ya Allah, lindungi anak arwah dari kejahatan dan kecelakaan. Semoga dia membesar dengan bahagia. Ya Allah, kumpulkan keluarga mereka di syurga mu ya Allah.

Thursday, January 3, 2013
Ya Allah..
Sedihnya hati.. Rakan sekerja suami baru sahaja meninggal dunia disebabkan oleh kemalangan jalan raya. Ya Allah, takutnya aku ya Allah. Takut aku dengan dugaan begini. Aku yang tidak rapat dengan dia rasa sedih sekali, apatah lagi keluarga arwah. Ya Allah, aku bermohon dia berada di tempat orang-orang yang beriman terhadapmu ya Allah. Menggeletar seluruh badanku setelah mendapat tahu dia sudah meninggal dunia. Ya Allah, semoga anak tunggalnya yang baru berusia 2 bulan lebih hidup dengan masa depan yang bahagia walau tanpa ibunya Ya Allah. Hanya padaMu ya Allah aku merayu. Sesungguhnya aku takut sekali dengan kuasaMu.
Subscribe to:
Comments (Atom)