Bagi pemahaman sayalah (saya bukan bijak pandai, setakat pandai jaga diri gitu-gitu je), MLM macam ni:
1. Si A buat 'invetment' ke company MLM, lepas tu tunggu bonus je lah. Tiada usaha apa-apa. Company MLM yang jual produk. Tapi produk tu tak boleh pakai sebenarnya. Si A akan dapat bonus dari hasil jualan produk tipu ATAU/DAN duit dari orang yang invest ke company MLM selepas si A.
2. Si A bayar Company MLM duit ahli, kemudian diberi produk untuk dijual & mesti cari downline. Si A akan dapat hasil bila dia dapat jual produk & dapat downline, Ertinya, Si A dapat duit bila ada downline bayar yuran ahli & downline jual produk.
Dalam kedua-dua situasi di atas, boleh nampak sebenarnya duit yang bikin orang kaya bila join MLM adalah datang dari duit orang yang buat investment untuk join MLM. Kalau ada pun jual produk, itu produk tak boleh pakai punya, produk tipu.
Menakutkanlah bila ramai orang tidak nampak benda ni. Ramai orang tertipu. Ramai jadi penipu. Ramai orang telah 'menghalalkan' bisnes tipu ni.
Ada lagi tu yang samakan bisnes MLM ni dengan sistem jualan yang biasa. Kononnya memang bos kaya, orang bawahan yang buat kerja tapi memang dapat sikit.
Tidak samalah ok!
Kalau bisnes biasa, pekerja diupah untuk bekerja. Pekerja tiada melabur sesen pun. Tuan punya bisnes yang keluar duit.
Saya harap ramai orang dapat buka mata dan hati LUAS-LUAS dengan adanya usaha saudara ini Aidid Muaddib .
Ya Allah, aku mohon supaya tiada anak-anak dan cucu cucu ku terlibat dalam bisnes haram ini.
No comments:
Post a Comment