Wednesday, October 5, 2011

shoe size

Act like my age, and not my shoe size
But my shoe size is 39
The other size
7?
Yes

Wednesday, September 21, 2011

Life

My life revolves around my daughter.
I don't care about my work anymore, I leave it unsettle everday at 6pm, go home for her.
Social life is non-exixtence. I don't have many friends who I see regularly. I abandon my friends.
I don't go out at night, because I want to hug and kiss my daughter good night before she goes to sleep.
I don't watch tv and read book as much as I used to because I want to watch every single of my daughter's move.
I don't have time to travel with friends anymore, because if I do, I have to bring along daughter & husband, because I can't go 24 hours without her, but bringing them is impossible because husband's works always clash with mine, and I can't leave my work easily because I have many things unsettle.
She is almost 1 year & 6 months now. We have never been seperated more than 24 hours. I have never slept at night without her by my side.
I have lost many things, I have sacrifice a lot.
It could have been a dull life, but my daughter makes my dull life interesting.

Saturday, September 10, 2011

Aku terima nikahnya....

“Aku terima nikahnya dgn si dia binti si ayah dia dengan mas kahwinnya RM..”
Itu yang tersurat. tersirat? ini dia,
“Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan bkn lg ibu bapanya tanggung, & aku tanggung dosa bakal anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badan aku”
pergh..mari berfikir sejenak.. smbil muhasabah diri… huhu..
credit: VLTRN


Oleh itu, pastikan suami selalu solat, pastikan dia tidak lalai menjaga diri isteri (saya) & anak-anak. Supaya dia tidak masuk neraka. Sebagai isteri (saya) pastikan diri tidak melakukan maksiat, buat macam-macam dosa, nanti suami tidak tegur, turut sama berdosa. Pastikan anak-anak tidak  buat maksiat, rajin beribadah, takut nanti suami lupa tegur anak-anak, suami turut sama berdosa.

Ingat ya isteri (saya).

Monday, August 15, 2011

Puasa

Ada orang tidak suka tengok orang lain makan semasa berpuasa.
Ada orang tidak suka cium bau makanan semasa berpuasa.
Ada orang tidak suka tengok gambar makanan atau tengok makanan secara live.

Saya suka.

Tapi makhruh rasanya.

Friday, July 22, 2011

3 AM

Sudah past my bedtime. Badan letih, tapi mata masih buka luas. Besok kerja, tapi tadi malam terpaksa keluar & bawa seisi rumah pasal mau jadi chaperon adik yang mau berdouble date. Dia mau naik kereta boyfriend. Malam-malam? Sorry, saya tidak izinkan.

Saya membebel dalam kereta. Preaching, marah, bagi warning. Entah masuk ka tidak dalam kepala dia.

Sampai rumah jam 11 lebih. Bagi warning somemore. Mandi , lepas tu iron baju sendiri & suami.

Thursday, July 21, 2011

Sendiri

Tadi masa memandu pulang ke rumah, terdengar bunyi 'pop' entah dari mana. Saya teruskan saja memandu, mungkin bunyi dari kereta sebelah. Saya terfikir, kalau kereta tiba-tiba pancit macam mana? Siapa saya boleh saya call untuk minta tolong. Parents di luar negara, adik lelaki di luar negeri, suami di luar daerah & kawan rapat di luar daerah. Saya tidak ada kawan rapat lain lagi yang boleh bantu.

Telefon suami tadi. Dia pulang besok. Tapi dia bagi tau dia akan pergi luar daerah lagi hari sabtu ni. Saya marah. Marah yang simpan dalam hati saja. Ertinya saya kena urus pindah perabot & barang-barang seorang diri minggu ni. Entah dia sedar ka tidak kami cuma ada hujung minggu ni saja untuk pindahkan barang. Dia kena pegi luar daerah bukannya pasal urusan kerja penting pun. Pasal ada event/function/golf putting entah apa/dinner yang diadakan oleh ofis daerah. Perlu ka dia pegi? Sabar saja lah saya.. Lepas dia bagi tau tu, saya tiada mood cakap dengan dia di telefon, dia bercakap, saya dengar dan jawap "emm" saja.

Lepas cakap dengan suami, saya terus email tranporter tanya quotation dan bagi senarai barang-barang yang perlu di pindah. Sebelum ni dia cakap RM250 per trip termasuk pekerja angkat barang. Harap semua barang ni boleh bawa satu trip saja.

Saya boleh buat ni seorang diri. Saya tidak perlu suami saya pun. Ada ramai wanita di luar sana yang boleh handle urusan dunia yang penuh cabaran tanpa bantuan lelaki. Kenapa saya tidak boleh.

Tuesday, July 19, 2011

unhappy

Mungkin kelmarin memang 'hari yang kurang bernasib baik' (elak guna istilah 'hari malang') untuk saya. Pada petangnya, dapat panggilan telefon dari bank, bagi tau yang permohonan loan kami tidak akan diteruskan proses sebab rumah kami mau beli tu sudah pun dibeli orang lain.  
Kecewa sangat. Suami pun kecewa. Tapi pujuk hati, mungkin kami akan dapat yang lebih baik dan murah.

Masa adik tengah mandi semalam, saya ambik & sembunyikan handphone dia. Turun naik ke kiri kanan dia cari handphone. Biarkan. Siapa suruh. Tidak ingat cakap pasal apa semalam, tapi dia ada  cakap something like "you dont trust meeee.....". Panas hati.

Baca SMS, terbongkar penipuan. Memang penipu. Saya sabar saja dulu. Belum marah dia lagi.

Pagi tadi tidak sempat marah dia. Sebab sudah lambat pegi opis. malam ni pun tidak boleh marah. Sebab kawan tidur rumah.

Monday, July 18, 2011

Heartburn

Awal pagi ni hati saya panas dan berapi lagi. My mom punya pembantu rumah bagi tau, jam 2 subuh adik curi keluar, jam 4 subuh baru pulang. Panas berap. Sakit hati. Geram. menyampah. Rasa macam mau tampar saja muka adik saya. Tapi saya tau itu bukan cara yang betul. Sakit hati bila adik sendiri jadi penipu nombor satu, pelakon terbaik handalan.

Ni baru adik, saya sudah rasa macam sakit jantung. Belum lagi anak sendiri. Ya Allah, aku mohon pada Mu supaya anak aku dari kecil hingga akhir hayat jadi insan yang baik sempurna.

Sudahlah setiap Isnin ada masalah kerja. Ditambah lagi dengan masalah adik awal pagi. Dada saya betul rasa sakit tadi. Heartburn mungkin.






Friday, July 8, 2011

Ayah dan anak

2 hari lepas, semasa memandu pulang rumah jam 8 malam, saya nampak seorang ayah pakai baju kerja berjalan kaki bersama anak perempuan. Mereka berpimpinan tangan. Dari baju, boleh agak budak perempuan tu masih tadika. Ada beg sekolah disandang budak perempuan tu. Jauh lagi rasanya rumah dorang. Sebab saya tidak nampak pun rumah terdekat.

Teringin tumpangkan mereka sebab kesiankan budak perempuan tu. Tapi dunia ini kejam menbuatkan saya jadi pentingkan diri. Saya wanita memandu seorang diri, tidak boleh tumpangkan seorang lelaki dewasa, walau pun dia membawa seorang kanak-kanak perempuan.

Lelaki itu juga terpaksa berhati-hati. Dunia ini kejam. Dia tidak boleh menumpang kereta yang pemandunya dia tidak kenali kerana dia bersama anaknya yang masih kecil.

Saya teruskan saja memandu sambil hati berharap, mungkin tidak apa mereka berjalan kaki jauh ke rumah. Mungkin nanti bila dewasa, kenangan berpimpinan tangan, berjalan kaki pulang ke rumah bersama ayah adalah salah satu kenangan indah untuk budak perempuan itu.


Thursday, July 7, 2011

Bil Air

Sakit hati awal pagi. Buka peti pos, tengok bil air-- RM600++!! Gila! kami cuma ber-3. Jarang ada dirumah. Air minum pun ambil dari rumah parents. Saya cek meter air, pili kena tutup. Patutla dari subuh tadi dapur tiada air. Buka pili sikit, meter laju jalan. Padahal dalam rumah tiada orang & paip semua tutup. Ei, sakit hati la.
Sampai opis, telefon Jaban Air. Tukang jawap telepon tu cakap bukan masalah dorang, sebab kalau ada bocor selepas meter, bukan dorang punya hal. Bikin panas.
Saya perlu marah orang. Mau marah agen landlord dengan landlord celaka tu sekali, mau marah AJK apartment juga. Mau menyumpah-nyumpah saja rasanya.

Monday, March 28, 2011

Sila bangun dan hidu bau kopi

Kenapalah saya suka men'trouble'kan diri sendiri. Sekarang hampir jam 1am. Saya masih online. Sepatutnya jam 12 tadi saya sudah mula draft financial statement yang sudah 1 bulan over due.

*mengeluh*mengeluh*

Stop ok. Jangan mengeluh.

Sejak akhir-akhir ni, saya macam mengalami pre-mature middle age crisis. Tahun ni saya 32 tahun. Tapi saya seolah-olah masih mau berlagak macam gadis early 20s.

Baru saja nampak gambar model pakai earring bahagian atas cuping telinga, saya teringin pula mau pakai balik. Nasib baiklah lubang tindik sudah tertutup. Kalau masih berlubang, sekarang juga saya pasang earring.

Rasa macam diri ini sudah tidak menarik. Sekarang kalau jalan di shopping mall, tiada sudah orang pandang. Mungkin sebab saya sudah cover up. Atau mungkin sebab saya sudah 32 tahun. Kalau dulu, walau saya ni tidaklah cantik, tapi at least, masih menarik perhatianlah juga sikit. Ada lah juga orang pandang 2 kali (konon, ish, perasan). Sekarang mana ada lagi.

Ah sudahlah.. Jangan banyak khayal...

Tuesday, March 22, 2011

Sshhhhttt........

Bagi pendapat saya, tidak banyak perkara yang perlu dirahsiakan antara suami & isteri. Kenapa seorang suami/isteri tidak bagi pasanganya membaca SMS atau email? Apa yang mau dirahsiakan? Selalunya mereka bagi alasan, 'privacy'. Apa benda dalam SMS atau email tu yang pasangan tidak boleh tahu? Hairan. Kalau saya, saya akan musykil suami tidak bagi baca sms dia.

Bagi saya, hanya beberapa perkara sahaja yang wajar dirahsiakan dari pasangan:
  1. Kisah peribadi, masalah peribadi atau keaiban orang lain yang suami/isteri tahu. Kalau hal peribadi orang, tidak payahlah ceritakan pada pasangan.
  2. Rahsia syarikat tempat suami/isteri bekerja.
  3. Perihal di tandas. Urusan bisnes dalam tandas , jangan lah bagi tau atau tengok pasangan.
Hanya perkara-perkara di atas sahaja yang tidak ada kena mengena dalam kehidupan satu pasangan. Jadi kalau ada hal selain hal-hal di atas di atas dirahsiakan, hhhhmmm, mestilah curiga kan?

Monday, March 21, 2011

Mahu kembali seperti dulu?

Sejak berkahwin & mempunyai anak, saya telah hilang beberapa keistimewaan. Antaranya:

1. Membaca buku selama berjam-jam di atas katil.

2. Pulang dari kerja, sampai rumah, terus rehat & bersenang-lenang. Tidur seawal jam 7 atau 8 mlm.

3. Keluar dengan kawan bila-bila masa yang saya mau. Pulang rumah lewat subuh.

4. Bangun lewat pada hujung minggu & tidur siang hari pada bila-bila masa.

5. Mempunyai masa terluang yang banyak untuk menonton TV.

Ya, saya sudah hilang keistimewaan atau 'luxury' itu. Jika diberi peluang, mahukah saya kembalikan masa dan menikmati kesenangan itu.

TIDAK SAMA SEKALI. Cinta saya pada suami dan anak sangat tinggi. Biarlah saya tidak merasa lagi apa yang saya pernah rasa sewaktu bujang dahulu. Mereka lebih penting bagi saya.

Sunday, March 20, 2011

Keibubapaan

Tahun lepas, mak & bapa saya ikut kursus ‘parenting’ di KL.  Pada kali pertama saya dengar bapa saya bagi tau dia mau ikut kursus tu, saya hanya komen dalam hati “sudah terlambat, kecualilah kalau ada hasrat mau bina keluarga baru”. Adik saya yang bongsu sudah berumur 18 tahun. Pada mulanya, seolah macam bapa mau pegi sendiri. Kemudian dia ajak mak saya. Hari terakhir mereka di KL, bapa bagi tau mak dia mau kawin lagi.
Kadang-kala, bila terlalu banyak fikir, saya ulang tayang kembali kesilapan-kesilapan mak & bapa saya buat ketika membesarkan saya. Kurang mesra, kurang bagi perhatian, diejek fizikal, tidak menjaga perasaan saya bila sedih. Lalu saya jadikan kesilapan-kesilapan itu sebagai senarai perkara yang saya tidak akan lakukan terhadap anak-anak saya. Saya berusaha supaya tidak melakukan perkara yang sama. Saya jadi yakin saya tidak akan melakukan perkara yang sama.
Tiba-tiba timbul risau dihati sebentar tadi. Saya takut akan keriakan saya. Seolah-olah saya yakin benar, jika saya jadi seorang ibu yang baik, anak-anak saya akan jadi baik. Sudah pasti kebiasaannya begitu. ibu yang membesarkan anak-anak dengan baik,  anak-anaknya akan menjadi orang yang baik-baik.
Tapi saya jadi takut sebab saya riak. Takut kerana keyakinan saya bahawa saya adalah seorang parent yang lebih baik dari mak & bapa saya. Saya takut anak-anak tidak akan jadi seperti yang saya harapkan.
Saya hanya mampu berdoa sekuat-kuatnya supaya anak-anak saya menjadi insan yang baik-baik. Saya hanya mampu berusaha menjadi ibu yang baik. Allah yang menentukan apa yang akan terjadi.

Monday, March 14, 2011

I was not being myself

Besok (hari ni) Isnin, sekarang 1.20 pm saya masih belum tidur sedang siapkan laporan.

Sebenarnya sudah tidur pun tadi. Jam 8 baru siap masak bubur untuk anak & prepare bahan-bahan untuk masak roti pizza. Lepas tu bagi anak makan. Anak makan sambil marah-marah (cranky sebab lapar & mengantuk). Lepas tu buat susu anak & tidurkan dia. plan mahu buat roti pizza lepas anak tidur, tapi saya tertidur sekali. Terbangun dekat jam 12 mlm. Tengok suami sudah tidur depan tv. Kesian dia belum makan. Suami biasanya tiada selera kalau sudah tidur malam. Sudahlah dia letih baru lepas cuci kain.

Tadi petang, sebelum balik rumah, kami singgah hypermarket. Suami bawa troli & anak. Saya sudah berdiri baris dekat kaunter, tanpa troli. Suami di belakang menuju arah saya. Masa tu masih ada pelanggan dilayan di kaunter tu. Tiba-tiba ada perempuan ni, tanpa tanya saya terlebih dahulu, terus pegi depan saya dengan bakulnya. Saya tengok belakang, suami sudah hampir dekat dengan saya  & troli. Saya bising-bising, potpetpotpet, cakap dengan suami, " kita pegi kaunter sebelah lah, orang ni tiada adab potong barisan", potpetpotpet marah-marah, suara tinggi. Entah perempuan tu paham bahasa malaysia ka tidak. Tapi dia paham la saya marah, sebab badan dia kaku, ada sekali dia pusing kepala sikit tengok saya yang sudah pegi ke kaunter sebelah.

Dalam kereta, baru kesedaran timbul. Eh, kenapalah aku marah macam tu. Buruk betul rupa saya. Buruk betul rupa orang kalau tengah marah. Buruk betul sifat ni. Patutnya saya sabar saja tadi. Saya jarang marah-marah macam tadi. Tapi entah kenapa, mood tidak baik mungkin.

Sebab  saya jarang marah-marah, saya terfikir tadi " I was not being myself". Tapi, tiba-tiba persoalan lain timbul, "was I not being myself, or my trueself came out?".

Kadang-kadang bila berada dalam situasi tertentu, contohnya dalam keadaan terdesak, seseorang melakukan sesuatu yang tidak wajar. Lepas  tu apabila keadaaan sudah reda, kita akan terkejut dengan perlakuan kita. Kita akan cakap "I am not like that. I was not being myself".

Betulkah begitu? Atau adakah sifat kita yang sebenarnya tertunjuk apabila kita dalam situasi itu?

Tuesday, March 8, 2011

Kenapa saya tidak kaya-raya

Saya sering dapat email yang memberitahu saya menang loteri (walaupun saya tidak pernah beli loteri) atau saya terpilih secara rawak untuk terima USD1 millian, tapi saya tidak pernah bagi jawapan. Oleh kerana itu, saya tidak kaya-raya. Ni salah satu email saya terima hari ni:

I Need Your Sincerity Please Advice

Monday, March 7, 2011 6:05 AM
From:
Add sender to Contacts
To: undisclosed-recipients
Attention Dearest Friend

This email transmission is been sent to you by me Kenneth Addo. It contains information that is confidential and proprietary, or otherwise legally exempt from disclosure. There is no intent on the part of the sender to waive any privilege, including the attorney-client privilege, which may attach to this communication.

I am Kenneth Addo a General Manager with security company here in Accra Ghana. A customer of ours who may relate to you (perhaps) from your country died four years ago with a hearth condition leaving behind an amount of (US$10.900.000.00) Till date nobody has come forward or put application for the claim, I have contacted you to assist in repatriating the funds before it is confiscated or declared unclaimed by the company.

However during the company's private search recently for the late gentle man relatives your name was among the findings that matches the same surname as the deceased (name WITHELD for security reason) who died interstate with no Will or next of kin. I therefore urge you to come forward since I can provide you with the details needed for you to claim the amount so that I can be gratify by you, in this way 35% for you and 65% for me and my colleagues that will work together in the company to have the funds release to you promptly.

Most importantly all the legal documents to back up your claim as his next-of-kin will be provided, as we would be contacting an attorney to help us acquire all the legal documents, all I require is your honest cooperation to enable us see this transaction through.

If this business proposition offends your moral values, do accept my apology but if not, then contact me at once to indicate your interest.

Best regards

Kenneth Addo


Saya banyak kerja minggu ni. Nanti kalau saya senang, minggu depan saya reply.