Husband's nephew sudah 2 hari kena chicken pox. Kami sekarang di rumah mentua. Ramai kami di sini. Nephew ni bebas ja berlari & bermain-main di rumah macam la chicken pox dia ni tidak boleh berjangkit. Harap-harap anak saya tidak kena. Parents dia suruh minum air kelapa, tapi dia tidak mahu. Dorang percaya yang air kelapa boleh keluarkan banyak lagi bintik merah lalu cepat sembuh.
Saya kena chicken pox 2 tahun yang lalu. Masa tu saya rasa hidup saya paling miserable. Rasa rimas & geli tengok kulit sendiri. Buka baju tengok beratus-ratus bintik merah di dada dan belakang. Saya tidak keluar bilik kecuali untuk mandi. Orang cakap chicken pox tidak boleh mandi. Tapi doktor cakap boleh. Masa tu saya pun tidak tahan kalau tidak mandi. Rasa badan ni kotor sangat. Saya tidak suruh adik saya tidur dalam bilik. Takut dia terjangkit.
Ada orang cakap kalau kena chicken pox, jangan tidur bawah kipas. Tapi saya tidur pasang kipas. Mana tahan kalau panas. Sepanjang hari saya baring saja di katil. Saya rasa sangat kotor. Barang-barang lain pun saya tidak sentuh. Tapi syukur ruam tu tidak rasa gatal langsung. Saya tidak asyik mengaru-garu macam orang yang biasa kena chicken pox.
Seksanya kena chicken pox ni. Masa saya kena tu, saya janji pada diri yang saya tidak akan komplen lagi pasal kekurangan fizikal saya. Masa tu lah saya tahu betapa seksanya sakit. Betapa saya tidak pernah menghargai apa yang ada. Berulang kali berdoa supaya sembuh cepat. Memang saya depressed la masa tu. Sampai saya terfikir masa tu, kenapa orang yang kena chicken pox tidak kena hospitalised saja. Baik kotorkan tilam katil hospital dan guna barang-barang hospital dari barang-barang sendiri.
Ish, moga saya jangan kena lagi. Moga anak & husband jangan kena.