Dua post dalam masa sejam. Kenapa? Sebab saya mahu meluahkan perasaan & sekarang lunchtime jadi tidak salahlah saya main blog.
BF bukan boyfriend. Saya gagal breastfeeding. Subject ni sangat sensitif bagi saya. Kalau saya tengok & dengar orang yang berjaya breastfeed baby mereka, saya rasa sedih & kecewa.
My daughter sudah 6 bulan. Sejak dia baru lahir, saya bagi dia BF + formula (FM). Sebab air susu saya tidak banyak.
Masa pregnant dulu, saya ikut breastfeeding class. Lepas ikut class tu, saya yakin saya akan mampu fully Bf anak saya. Tapi saya sudah buat semuanya, air susu masih tidak deras juga. Mungkin BF support group akan cakap saya tidak berusaha untuk membanyakkan air susu saya.
1. Masa saya masih dalam pantang, my baby kuat hisap susu badan, sampai saya boleh tertidur bila BF dia. Boleh sampai 2 jam dia hisap. Bila dia tertidur & saya cuba tarik, dia sambung hisap lagi. Masa tu saya sangat happy & positif sebab saya ingat saya berjaya sangatlah BF anak saya.
2. Jarak dia tidak BF cuma 1/2 jam-45 minit saja pada waktu siang. Saya tidak perlulah mengepam susu saya kan, sebab lepas 1/2 jam, dia bangun dari tidur & minta hisap susu lagi.
3. Saya banyak minum air & minum susu. Kemudian saya minum sup ayam + papaya mentah.
Tapi air susu saya masih tidak banyak, so saya terpaksa buatkan dia susu botol bila dia merengek minta susu. Lepas habis susu botol, saya bagi dia hisap susu badan sampai dia tertidur.
4. Bila saya sudah habis pantang & kembali kerja, saya pam susu setiap 2 jam, tapi hasil sangat sikit. Cuma paling banyak pun 1 ounce ja tiap 2 jam. Bila pulang rumah, breast masih kosong sebab saya pam diopis. Kena tunggu jam 8 malam atau 9 malam lagi untuk penuh. Kalau air susu sikit & tidak keluar banyak, baby saya marah & tidak mahu hisap.
Lebih seminggu saya buat macam tu, tapi hasil masih sikit. Jadi saya pun berhenti pam susu. Saya lebih suka tunggu susu saya penuh sampai mengalir keluar, then sampai rumah bagi anak saya hisap sampai susu dengan lancar. & tidak marah-marah
5. Saya pernah cuba minum sup pucuk ubi manis atas saranan seorang kenalan.
6. Saya pernah minum teh untuk meransang pengeluaran susu badan.
Sampai sekarang anak saya lebih banyak bergantung pada FM. Syukurlah bila malam semasa tidur, dia masih mahu hisap susu badan, walaupun tidak banyak. Boleh bagi tau saya bahagian mana yang menunjukkan saya tidak berusaha?
Saya sudah berusaha & masih berusaha, tapi Allah yang menentukan semuakan?
No comments:
Post a Comment