2 hari lepas, semasa memandu pulang rumah jam 8 malam, saya nampak seorang ayah pakai baju kerja berjalan kaki bersama anak perempuan. Mereka berpimpinan tangan. Dari baju, boleh agak budak perempuan tu masih tadika. Ada beg sekolah disandang budak perempuan tu. Jauh lagi rasanya rumah dorang. Sebab saya tidak nampak pun rumah terdekat.
Teringin tumpangkan mereka sebab kesiankan budak perempuan tu. Tapi dunia ini kejam menbuatkan saya jadi pentingkan diri. Saya wanita memandu seorang diri, tidak boleh tumpangkan seorang lelaki dewasa, walau pun dia membawa seorang kanak-kanak perempuan.
Lelaki itu juga terpaksa berhati-hati. Dunia ini kejam. Dia tidak boleh menumpang kereta yang pemandunya dia tidak kenali kerana dia bersama anaknya yang masih kecil.
Saya teruskan saja memandu sambil hati berharap, mungkin tidak apa mereka berjalan kaki jauh ke rumah. Mungkin nanti bila dewasa, kenangan berpimpinan tangan, berjalan kaki pulang ke rumah bersama ayah adalah salah satu kenangan indah untuk budak perempuan itu.
No comments:
Post a Comment