Besok (hari ni) Isnin, sekarang 1.20 pm saya masih belum tidur sedang siapkan laporan.
Sebenarnya sudah tidur pun tadi. Jam 8 baru siap masak bubur untuk anak & prepare bahan-bahan untuk masak roti pizza. Lepas tu bagi anak makan. Anak makan sambil marah-marah (cranky sebab lapar & mengantuk). Lepas tu buat susu anak & tidurkan dia. plan mahu buat roti pizza lepas anak tidur, tapi saya tertidur sekali. Terbangun dekat jam 12 mlm. Tengok suami sudah tidur depan tv. Kesian dia belum makan. Suami biasanya tiada selera kalau sudah tidur malam. Sudahlah dia letih baru lepas cuci kain.
Tadi petang, sebelum balik rumah, kami singgah hypermarket. Suami bawa troli & anak. Saya sudah berdiri baris dekat kaunter, tanpa troli. Suami di belakang menuju arah saya. Masa tu masih ada pelanggan dilayan di kaunter tu. Tiba-tiba ada perempuan ni, tanpa tanya saya terlebih dahulu, terus pegi depan saya dengan bakulnya. Saya tengok belakang, suami sudah hampir dekat dengan saya & troli. Saya bising-bising, potpetpotpet, cakap dengan suami, " kita pegi kaunter sebelah lah, orang ni tiada adab potong barisan", potpetpotpet marah-marah, suara tinggi. Entah perempuan tu paham bahasa malaysia ka tidak. Tapi dia paham la saya marah, sebab badan dia kaku, ada sekali dia pusing kepala sikit tengok saya yang sudah pegi ke kaunter sebelah.
Dalam kereta, baru kesedaran timbul. Eh, kenapalah aku marah macam tu. Buruk betul rupa saya. Buruk betul rupa orang kalau tengah marah. Buruk betul sifat ni. Patutnya saya sabar saja tadi. Saya jarang marah-marah macam tadi. Tapi entah kenapa, mood tidak baik mungkin.
Sebab saya jarang marah-marah, saya terfikir tadi " I was not being myself". Tapi, tiba-tiba persoalan lain timbul, "was I not being myself, or my trueself came out?".
Kadang-kadang bila berada dalam situasi tertentu, contohnya dalam keadaan terdesak, seseorang melakukan sesuatu yang tidak wajar. Lepas tu apabila keadaaan sudah reda, kita akan terkejut dengan perlakuan kita. Kita akan cakap "I am not like that. I was not being myself".
Betulkah begitu? Atau adakah sifat kita yang sebenarnya tertunjuk apabila kita dalam situasi itu?
No comments:
Post a Comment