Tuesday, March 22, 2011

Sshhhhttt........

Bagi pendapat saya, tidak banyak perkara yang perlu dirahsiakan antara suami & isteri. Kenapa seorang suami/isteri tidak bagi pasanganya membaca SMS atau email? Apa yang mau dirahsiakan? Selalunya mereka bagi alasan, 'privacy'. Apa benda dalam SMS atau email tu yang pasangan tidak boleh tahu? Hairan. Kalau saya, saya akan musykil suami tidak bagi baca sms dia.

Bagi saya, hanya beberapa perkara sahaja yang wajar dirahsiakan dari pasangan:
  1. Kisah peribadi, masalah peribadi atau keaiban orang lain yang suami/isteri tahu. Kalau hal peribadi orang, tidak payahlah ceritakan pada pasangan.
  2. Rahsia syarikat tempat suami/isteri bekerja.
  3. Perihal di tandas. Urusan bisnes dalam tandas , jangan lah bagi tau atau tengok pasangan.
Hanya perkara-perkara di atas sahaja yang tidak ada kena mengena dalam kehidupan satu pasangan. Jadi kalau ada hal selain hal-hal di atas di atas dirahsiakan, hhhhmmm, mestilah curiga kan?

No comments:

Post a Comment