Mengikut cerita yang di sampaikan, arwah masih dalam keadaan sedar ketika dibawa ke hospital daerah. Dia mengadu pada ibunya sakit yang dia rasai di badannya. Arwah tiada kecederaan luar yang teruk. Cedera dalam perut yang teruk. Ibunya bertanya kenapa pandu laju. Arwah cakap dia tidak pandu laju, dia mengantuk, keretanya tersasar ke lorong kanan dan berlanggar dengan kereta dari arah bertentangan. Arwah baru saja 2 bulan menjadi ibu. Kasih seorang ibu yang mengantuk kerana tidak cukup tidur menjaga anaknya. Kasih seorang ibu yang tidak sabar pulang ke rumah untuk melihat anaknya.Arwah ketika masih sedar, berpesan pada ibunya supaya menjaga anaknya kalau terjadi apa-apa padanya.
Ketika arwah sudah berada di hospital besar, doktor cakap dia kritikal, dimasukkan ke ICU dan peluang utk hidup 50-50.
Suami arwah pengsan bila sampai di hospital.
Ya Allah, berat saya mendengar kisahnya, berat lagi perasaan & emosi ahli keluarganya.
Pagi tadi dalam perjalanan ke pejabat, suami berulang kali mengeluh. Kewujudan arwah masih terasa. Seolah-olah dia masih hidup. Baru kelmarin saya senyum pada arwah. Suami baru kelmarin berbincang pasal kerja dengan arwah. Tidak percaya arwah sudah tiada.
Arwah seorang yang ekspresif. Sayang dia pada suami & anaknya ditunjukkan dengan terbuka.
Ya Allah, lindungi anak arwah dari kejahatan dan kecelakaan. Semoga dia membesar dengan bahagia. Ya Allah, kumpulkan keluarga mereka di syurga mu ya Allah.
No comments:
Post a Comment