Setiap bulan, selepas 15hb, kalau apa yang telah dirancang tidak menjadi, saya akan dapat banyak panggilan telefon. Sehari lebih 20 kali. Caci maki seperti 'bodoh' & 'tidak guna otak' sering saya terima. Mereka ni kebanyakannya golongan berasal dari pekan kecil. Jual buah ke kilang-kilang syarikat yang dipunyai oleh company tempat saya bekerja.
Kalau jadual bayaran dari kilang-kilang lewat saya terima, maka lewatlah bayaran masuk ke akaun bank mereka.
Pagi tadi ada orang dari daerah T telefon saya. Saya bagi tau bayaran belum masuk sebab belum terima jadual. Dengan nada marah dia berkata "Masya Allah, kamu ni....!" (Rasanya penggunaan Masya Allah tidak sesuai digunakan dalam situasi ini, ianya kita sebut bila kita lihat sesuatu yang indah, tapi tidak apa). Setelah itu, dengan nada lebih keras dia berkata "binatang!" lalu menamatkan panggilan. Saya tidak kenal siapa orang itu. Saya cuma tahu dia salah seorang penjual buah.
Oleh kerana pada ketika itu saya super busy, saya tidak ambil peduli. Bila teringat kembali sekarang, saya rasa kelakar. Kalau saya translate dengan kasar ke bahasa English "you are an animal!!! Aaauuummm.." Pikiran saya menjurus ke joke lucah.
No comments:
Post a Comment